세종학당

언어선택 ▶

공지사항

  • 학당이야기
  • 공지사항

Korean Speech Contest in Malaysia 2017

by 류승완 | 2017.11.08 09:58:11 | 조회수 55
http://www.ukm.my/news/Latest_News/ukm-juara-the-12th-korean-speech-contest-in-malaysia-2/

UKM Juara The 12th Korean Speech Contest in Malaysia


Oleh Muhammad Zaim Badrul Hisham

Gambar oleh Pusat Komunikasi Korporat 

BANGI, 4 November 2017 – Dua warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dinobatkan sebagai juara dalam dua kategori pada The 12th Korean Speech Contest in Malaysia yang telah berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Saudari Siti Nur Alia Syakirah Abd Nasir, pelajar Komunikasi Media, muncul sebagai johan dalam kategori asas, manakala Saudari Balqis Zulkiflie, Pembantu Penyelidik di Fakulti Pergigian, pula menjadi johan bagi kategori pertengahan.

Bagi Saudari Balqis kemenangan ini bukanlah sesuatu yang dijangka, beliau mula minat mempelajari bahasa Korea selepas berkenalan dengan seorang sahabat di internet 12 tahun lalu.

“Dahulu saya berkenalan dengan seorang kawan Korea di internet dan beliau sangat rajin, jadi bagi memahami budaya dan bagaimana beliau boleh begitu rajin belajar sehingga larut malam, saya tekad mula belajar bahasa Korea,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, penguasaan dalam Bahasa Korea juga akan memberikannya kelebihan bagi memperolehi peluang pekerjaan dalam sektor perlancongan perubatan, yang banyak tertumpu di Korea.

Menurut Saudari Alia Syakira pula, beliau banyak mempelajari bahasa Korea melalui filem-filem Korea sejak tingkatan lima lagi dan kini mengikuti kelas secara formal di UKM.

“Harapan saya selepas ini adalah untuk terus memantapkan lagi bahasa Korea supaya menjadi bahasa ketiga yang saya kuasai,” katanya.

Kedua-dua mereka menerima trofi, sijil berserta Biasiswa pengajian Bahasa Korea selama tiga minggu di Universiti Ewha Womans, Seoul, Korea Selatan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah berkata sejak tahun kebelakangan ini, UKM telah menyaksikan peningkatan enrolmen pelajar dalam kelas bahasa Korea dan berpendapat ia berpunca daripada pengaruh budaya.

“Ada dua sebab utama kita mempelajari bahasa, pertama sebagai instrumen atau alat komunikasi, kedua untuk melakukan proses integrasi bagi memahami budaya, keseimbangan keduanya adalah baik untuk cepat menguasai sesuatu bahasa,” jelasnya.

Seramai 24 orang finalis dalam pelbagai kategori bertanding pada majlis anjuran Institut King Sejong UKM dengan kerjasama Kedutaan Republik Korea di Malaysia dan Pusat penyelidikan Malaysia-Korea Universiti Malaya pagi tadi.

찾아오시는길